BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 8, 2011

Maklumat diperolehi dari info yg dipercayai.....:)

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan.



*A* Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan
diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah
mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

*B* Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan
membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga
sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi
dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

*C * Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular
di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam
bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah
remeh.

*D * Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan
kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan
dalam mencapai cita-cita.. Kelemahannya adalah selalu bimbang
dan sukar mempercayai orang lain.

*E * Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung
jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka
berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan
hati orang lain terluka.

*F* Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras
kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat
berhati-hati bila berbelanja.

*G* Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah
dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan
dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang
tekun.

*H * Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai
perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan
pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

*I * Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah
merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka
menangis.

*J * Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan
diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat
keputusan dan tidak tegas.

*K * Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun
perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia
sendiri.

*L* Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak
suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat
berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati
masa.

*M* Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong,
mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana
mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

*N * Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka
menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan
balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang
percaya diri.

*O* Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta
sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang
menggapnya sombong dan suka memilih teman.

*P * Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan
sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan
orang lain. Agak pendendam dan boros.

*Q* Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan
waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan
mudah emosi.

*R * Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja
yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar
cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika
marah.

*S * Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada
orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah
tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi
marahnya meledak-ledak. (i'm a dangerous
person.....hehehehe he......)

*T* Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut
aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila
bersalah.

*U * Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan
orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai
menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

*V* Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.
Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya
dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus
terang.

*W * Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya
toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan
sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
kesabaran dan kelembutan.

*X * Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang
menyinggungnya.

*Y * Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya
sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
Tidak berani mengemukakan pendapat.

*Z * Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka
disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.



Mari Mengenali Diri Melalui Jenis Darah

Jenis darah selain boleh menjadi panduan utk menentukan diet yg sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorg. Hasil kajian yg dilakukan di Jepun terhdp beberapa jenis darah, ada beberapa keperibadian tertentu yg dikatakan sesuai dgn jenis darah org yg berkaitan. You all boleh lihat sendiri apakah antara anda suami isteri mempunyai keserasian dan sifat-sifat tertentu berdasarkan penelitian dibawah ini:

KUMPULAN DARAH O


Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan amat cenderung untuk kompetetif dan bersaing.Betul tak????

KUMPULAN DARAH A


Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala.

KUMPULAN DARAH B


Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan.

KUMPULAN DARAH AB


Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
hehe:) saya dapat dari internet la...copy je...hehe..jgn mrah ye..

Jom Kenali Diri

cara menghitung:8 jan 1993(8+1+1993=2002),(2+0+0+2=4)(Jadi nombor lahirnya ialah 4)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. -
Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.